Penaku Patah

Pilihan

Pilihan

 

Hidup itu pilihan,

sama ada kaumemilih untuk terus berpura-pura tidak tahu dan terjerumus,

atau memilih untuk mempertingkatkan kualiti diri menjadi hamba redhanya Ilahi.

 

Kata-kata itu pilihan,

yang kaukeras keluarkan mengikut emosi hati,

atau hasil perbincangan rasionalnya pemikiran.

 

Penonjolan diri kepada sekeliling itu pilihan,

pemilihan bertindak membongkar dengan bervisikan ‘just be yourself’,

ataupun kau mempamerkan ‘the best yourself’.

 

Musibah itu mengakhirkan kau dengan membuat pilihan,

iaitu kau terus-menerus menyalahkan takdir manusia yang disebaliknya mempunyai hikmah yang besar,

atau kaubersangka baik bersabar dan kuat mengharungi kehidupan yang menanti dihadapan.

 

Tuah yang dikurnia itu juga di dalamnya pilihan,

bersyukur dan menggunakannya dengan baik,

atau berbangga hingga hilangnya pertimbangan hati.

 

       -Titania

To Top
Loading...