Aktiviti

Program Bicara Intelektual

 

Pada hari Ahad 23 April 2017, bertempat di Espace Hassan Rabat, telah berlangsungnya program Bicara Intelektual bersama Datuk Dr. Mohd Daud Bakar. Beliau merupakan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie serta Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Pelbagai input dan nasihat yang sangat bernilai telah diperolehi oleh mahasiswa melalui program ini terutama mahasiswa yang belajar di Maghribi khasnya. Bagi mahasiswa yang tidak berkesempatan untuk menghadirkan diri anda boleh menonton siaran ulangan live Bicara Intelektual di page PMMM dan laman Facebook beliau iaitu Mohd Daud Bakar https://web.facebook.com/profile.php?id=100011958917862. Semoga input-input yang bermanfaat daripada program ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan kita sebagai penuntut ilmu di bumi Maghribi ini.

Tarbiah – Cinta – Peduli

To Top
Loading...