Pada 22 dan 23 September 2018 yang lalu, Exco Perhubungan Antarabangsa 2018/2019 telah mengendalikan satu program iaitu Program Sambutan Mahasiswa Malaysia Baharu (PROSISMA) 2018.
Pada hari pertama, PROSISMA telah diadakan di Dewan INPT, Rabat. Seramai 19 peserta yang terdiri daripada mahasiswa/wi baharu telah terlibat. Program ini mempunyai lima slot yang dikendalikan oleh pihak persatuan, antaranya ialah Pengenalan PMMM oleh Setiausaha Kehormat PMMM, Pengenalan Sistem Pendidikan di Maghribi oleh Ketua Exco Pendidikan PMMM, Pengenalan Negara dan Budaya Maghribi oleh Ketua Exco Perhubungan Antarabangsa PMMM, Hal Ehwal Kebajikan Mahasiswa di Maghribi oleh Timbalan Exco Kebajikan PMMM, Break Your Language Barrier! (Language Skills) oleh saudara Abdullah Zawawi Bin Mohd Zawawi bersama saudari Siti Suhailah binti Abdul Rahman dan Kehidupan Di Maghribi (Sharing Moment) oleh saudara Luqman Al-Hakim Bin Ismail dan saudara Muhamad Naqib Aizat bin Mohd Rozali.
Pada hari kedua, PROSISMA telah dijalankan di sekitar kawasan Rabat dan Sale bagi menjayakan aktiviti yang seterusnya iaitu The Amazing Race (Explorace). Objektif utama aktiviti ini diadakan adalah sebagai perkongsian maklumat mengenai pembangunan dan kemudahan yang disediakan di Maghribi, mendidik ahli membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan masyarakat setempat dan menerapkan konsep kerjasama dan kepimpinan antara ahli. Sebanyak 12 checkpoint yang telah ditetapkan dalam The Amazing Race kali ini. Antara checkpoint tersebut ialah La Gare Rabat Ville, Bank Al-Maghrib, Maktabah Darul Aman, Suwaiqah, Bab El Had, Masjid Hassan 2 (Doreh), Sahah 16 November dan Bab Lamrissa. Majlis penutup diadakan sejurus sahaja tamatnya The Amazing Race pada jam 6.40 petang.
Pada 21 September 2018, satu kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Malaysia di Rabat, Maghribi telah diadakan. Kunjungan hormat ini turut disertai oleh wakil Ahli Majlis Tertinggi iaitu saudari Mannal binti Mansor bersama wakil Ahli Lembaga Pentadbir, saudara Muhammad Aslam bin Mohd Zarim dan Muhammad Afiq Asyraf bin Abdul Malek. Tujuan utama kunjungan ini diadakan adalah untuk membina satu jalinan yang erat antara pegawai kedutaan dan para mahasiswa baharu.
Semoga para peserta mendapat ibrah daripada slot-slot dan tugasan-tugasan yang telah diberi sepanjang PROSISMA diadakan. Tidak lupa juga, sekalung penghargaan kami ucapkan kepada barisan ahli jawatankuasa dan fasilitator yang bertungkus-lumus bagi memastikan program selama tiga hari ini berjalan dengan lancar.
.:CULTIVATING A W.I.S.E. UMMAH:.
#PROSISMA2018
#TowardsAWISEUmmah
#AhlanWaSahlanWaMarhabanBikum