PROSEDUR PEMINJAMAN ASET

Berikut merupakan prosedur yang perlu dititik beratkan oleh mana-mana ahli PMMM yang ingin meminjam aset milik Exco Kebajikan.

PROSEDUR PEMINJAMAN & PEMULANGAN ASET :

1. Peminjam perlu memaklumkan kepada Ketua EXCO atau timbalan sebelum aktiviti peminjaman dilakukan.

2. Peminjam hendaklah mengisi Borang Pinjaman Aset EXCO Kebajikan yang boleh didapati secara online. Klik BORANG PEMINJAMAN ASET

*Sila isi borang ini selewat-lewatnya 3 hari sebelum melakukan pinjaman aset.
**Maklumat yang diisi perlulah tepat. Butiran aset boleh dirujuk pada Senarai Aset Exco Kebajikan.

3. Peminjam juga WAJIB mengisi borang yang ditampal di depan pintu bilik simpanan aset.

4. Peminjam diberi tempoh selama 7 hari (bermula dari hari pinjaman dilakukan) untuk memulangkan aset. *tempoh yang diberikan adalah tertakluk kepada sebarang pindaan*

5. Aset-aset yang dipulangkan perlu dimaklumkan kepada Ketua EXCO atau Timbalan oleh peminjam aset serta mengisi Borang Pemulangan Aset secara online. Klik BORANG PEMULANGAN ASET

*Sila isi borang ini selepas melakukan pemulangan aset.

6. Peminjam perlu bertanggungjawab jika gagal memulangkan aset ataupun berlakunya sebarang kehilangan aset yang dipinjam.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh berhubung terus dengan EXCO Kebajikan di akaun Facebook Exco Kebajikan.

 

‘ASET MANFAAT KITA BERSAMA’
‘PMMM CAKNA PMMM PRIHATIN’

ENSIKLOPEDIK – ITTIHADIK – KARISMATIK

To Top
Loading...