PROSEDUR PENGAMBILAN BORANG PERMOHONAN IJAZAH

Berikut merupakan Prosedur Pengambilan Borang Permohonan Ijazah secara umum, adapun prosedurnya mungkin sedikit berbeza berdasarkan wilayah masing masing.

 

  1. Pergi ke syubbak (kaunter) university masing-masing dan lakukan seperti yang berikut: * berurusanlah dengan diplomasi dan toleransi
  • Meminta Syahadah Najah yang juga dikenali sebagai Sijil Lulus .
  • Meminta borang untuk kasyfu Nuqat dan ambil kasyfu Nuqat Sem 6 dan bagi sem yang belum diambil.
  • Meminta borang bagi mendapatkan fail pelajar secara lengkap.
  • Meminta borang bagi memohon Syahadah Milad (sijil lahir) serta sijil SPM.
  • Sertakan gambar ketika melakukan permohonan.

 

1) SIJIL SENDIRI

Urusan dalam jami’ah (kebanyakan jami’ah)
— Apabila sijil telah dikeluarkan, pergi ke idarah (pejabat) dengan membawa semua dokumen asli (dokumen mungkin berbeza mengikut jami’ah) :

1)      Syahadah Tasjil (Sijil Daftar)

2)      Bitoqoh Jami’ah (Kad Matriks Universiti)

3)      Bitoqoh Wathoni (Kad Pengenalan Maghribi)

–Anda akan diberi borang untuk di isi.

–Setelah mendapat sijil, pastikan EJAAN NAMA, TARIKH LAHIR, NO BITOQOH, DAN SEMUA MAKLUMAT DIRI ANDA DI IJAZAH BERKENAAN ADALAH TEPAT.

–Jika terdapat KESALAHAN, pulangkan semula kepada idarah dengan menyatakan pembetulan-pembetulan yang perlu. Anda akan mengambil sijil anda kembali sebulan selepas itu.

 

Urusan luar jami’ah (selepas dapat sijil)

– Anda perlu ke RABAT untuk mengesahkan sijil anda. Pengesahan berlaku di 4 tempat mengikut turutan yang tertera:

1)      Wizarah Ta’lim ‘ali fi Hasan. (Tempat : Hasan, Rabat)

2)      Wilayah De La Region De Rabat Sale, Zemmour-Zaer (Tempat : Wilayah Rabat-Sale berdekatan Dewan Bahnini).

3)      Wizarah Kharajiah (20DH).

4)      minta cop pengesahan di Kedutaan Malaysia di Rabat, Maghribi (35dh) dan diikuti dengan urusan  terjemahan sijil dan kasfu Nuqat dari Sem 1 hingga Sem 6. Anda juga dikehendaki meminta surat tamat belajar dari kedutaan.

Jadi, perlu ada 4 cop besar berbahasa Arab/Inggeris/Perancis di belakang ijazah anda sebelum pulang ke Malaysia.

2) TAWKIL

i. Sediakan dokumen-dokumen yang perlu (berdasarkan jami’ah masing-masing)dan tinggalkan dokumen tersebut pada orang yang anda tawkilkan.

ii.  Buat SURAT TULISAN TANGAN yang mengatakan anda akan mewakilakan kepada siapa dan sebab mewakilkan. Surat ini perlu DIMUSADAQOHKAN DI MUQATAAH, dan orang yang ditawkilkan perlu turut serta dengan membawa bitoqoh watoni masing-masing.

Anda perlu membuat BEBERAPA SALINAN, kerana idarah kuliah akan mengambil surat yang asli ini. Surat ini berfungsi sebagai bukti semasa si wakil meminta cop pengesahan yang menyatakan bahawa dia hanyalah naib/wakil kepada ijazah anda.

iii. Tinggalkanlah semua dokumen-dokumen lain yang dirasakan perlu (sekurang-kurangnya salinan)  untuk tidak menyusahkan si pentawkil.

 

Selamat melaksanakan urusan dengan keimanan dan kesabaran. Moga Allah SWT permudahkan urusan kalian. 🙂

To Top
Loading...