PROSEDUR TUNTUTAN INSURANS AXA (KESIHATAN)

Apa itu insurans AXA?

axa-insurance
Masih ingatkah anda, kali pertama anda ke AMCI untuk mengambil rukhsah, anda dikehendaki membuat bayaran berjumlah MAD1800? (mungkin jumlahnya berbeza berdasarkan tahun kemasukan)
Itulah jumlah yang dikenakan untuk insurans AXA bagi tujuan kesihatan sepanjang keberadaan anda di sini.
Berita gembira kepada semua mahasiswa asing di Morocco yang melalui AMCI,
insurans AXA dapat dituntut segala berdasarkan biaya perubatan anda dengan syarat-syarat yang tertara pada kontrak yang dilampirkan pihak berkenaan.

Berikut merupakan prosedur tuntutan insurans;-

  1. Anda dikehendaki mengambil borang insurans AXA yang telah diisi butiran-butiran penting yang diperlukan oleh pakar perubatan di hospital/klinik anda dirawat.
  2. Anda dikehendaki membawa borang tersebut bersama-sama anda setiap kali melakukan rawatan susulan dan pembelian ubat di farmasi untuk diisi oleh kakitangan perubatan atau kakitangan farmasi.
  3. Anda perlu menghubungi pihak AXA atau terus ke cawangan syarikat yang berhampiran wilayah anda bagi mendapatkan informasi berkenaan panel/wakil yang akan melakukan pengesahan kelayakan untuk tuntutan insurans tersebut. (Panel akan ditentukan oleh pihak AXA) Lampirkan sekali kesemua dokumen-dokumen yang dirasakan perlu. Contoh; rukhsah AMCI, syahadah minhah (jika ada), semua berkenaan prosedur perubtana yang anda jalani
  4. Setelah kesemua urusan pengesahan selesai, anda dikehendaki menghantar borang tadi ke cawangan syarikat yang berhampiran untuk diproses. (dibenarkan berwakil)
  5. Dalam beberapa tempoh waktu, anda akan kembali dihubungi oleh pihak AXA (atau boleh juga sekiranya anda yang menghubungi mereka jika tiada terdapat sebarang maklum balas) bagi mengambil notis pemberitahuan yang mana membenarkan anda menuntut wang insurans dari pihak bank disertakan dengan tempoh anda dibenarkan membuat tuntutan.
  6. Anda dikehendaki menunjukkan notis kepada pegawai bank. Tuntutan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank sya3bi berhampiran anda.

 

Perhatian :
– Anda dinasihatkan untuk mengingat setiap butiran kemalangan atau prosedur perubatan yang telah anda jalani
– Anda berkemungkinan untuk tidak mendapatkan jumlah penuh atas tuntutan anda
– Anda disarankan juga untuk merujuk mana-mana mahasiswa/wi yang pernah menjalani prosedur-prosedur tersebut untuk keterangan lanjut

 

Jaga kesihatan. Jaga keselamatan.
Tulus,
AMT 2016/2017

Dikemaskini pada: MAC 2017

To Top
Loading...