Program Exco

Puasa Tasu’a dan Asyura

poster iftar draft

Assalamualaikum wa rahmatullah wbt, apa khabar semuanya? Admin harap anda semua dalam keadaan yang sihat sejahtera dan dipermudahkan dalam segala hal.

Pos pihak exco kali ini berkisar tentang Puasa Tasu’a dan ‘Asyura. Haa, apa kelebihan berpuasa pada kedua-dua hari tersebut?
Menurut hadis sahih riwayat Imam Muslim, “diampunkan dosa setahun yang lalu. Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir’aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran”.

Mengapa pula berpuasa pada 9 Muharram?
Maka jawapannya adalah : berdasarkan hadis nabi yang bermaksud : “Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya. Antara hikmah berpuasa pada Hari Tasu’a ialah membezakan dengan amalan orang Yahudi dan sebagai Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari ‘Asyura.

Sehubungan dengan itu, pihak Exco Rohani ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian berpuasa pada hari tersebut, kerana kita sudah pun mengetahui kelebihan berpuasa pada hari tersebut. Maka rugilah kita sekiranya kita melepaskan peluang keemasan ini.

Selain itu, pihak Exco Rohani juga dengan berbesar hati mengajak sahabat-sahabat untuk berbuka puasa secara berjemaah atau Iftar Jamaie bersama ahli rumah masing-masing bagi menyatakan kesyukuran kita dan meraikan hari tersebut secara berjemaah pada hari yang penuh barakah tersebut.

Rujukan Facebook : https://www.facebook.com/syedabdulkadir2/?fref=ts

Rujukan Hadis : Puasa Tasu’a : [Al-Majmu’ Syahr Muhadzab, 6/383] dan (HR. Muslim 1916)

Puasa Asyura : (HR. Muslim no. 1162)

Rujukan Takwim Solat dan Tarikh-tarikh istimewa di Morocco : http://www.habous.gov.ma/prieres/

Facebook : Exco Rohani

Tarbiah – Cinta – Peduli

To Top
Loading...