Aktiviti

RAMAH MESRA EDUCATION MALAYSIA EGYPT (EME)

Pada 6 – 10 November yang lalu, telah diadakan Program Ramah mesra antara Pengarah Education Malaysia Egypt, Encik Aizal Anual dan Pegawai Atase Pendidikan, Encik Buhairi Nawawi bersama pelajar-pelajar Persatuan Mahasiswa Malaysia Maghribi.

Program tersebut telah diadakan di wilayah Rabat, Casablanca, Fes, Tetouan dan Marakech.

Antara perkara yang dibincangkan para pelajar dan pegawai Education Malaysia Egypt adalah mendengar masalah pelajar di Maghribi dan cara penyelesaiannya.

Pada pertemuan itu para pelajar berpeluang membangkitkan beberapa perkara berkaitan kebajikan dan pendidikan di Maghribi. Para pelajar juga sempat mendengar sedikit sebanyak nasihat yang berharga dari Pengarah Education Malaysia Egypt, Encik Aizal Anual sendiri.

.: Cultivating A W.I.S.E. Ummah :.

50675805_2045680468848091_6768564383401377792_o

To Top
Loading...