Ucapan

Salam Aidiladha 1438 h

Ucapan daripada wakil AMT, saudari Nurul Fatini sempena Hari Raya Aidiladha 1438h.

Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!
Alhamdulillah sekali lagi, kita diberi nikmat untuk menyambut Aidiladha.
Aidiladha, satu noktah untuk kita menghayati dan mengingat kembali ‘erti pengorbanan’ yang digambarkan oleh para anbiya’, para sahabat dan salafus soleh.

Maka, marilah kita pertingkatkan pengorbanan kita dalam melaksanakan tuntutan ubudiyah ini dengan harapan hanya sanya untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Semoga dengan pengorbanan itu kejayaan dan kemenangan sama ada di dunia atau akhirat atau kedua-duanya sekali akan menjadi milik kita secara waqie. InsyaAllah. Selamat berkorban demi meraih keredaan Allah SWT.

Salam Aidiladha buat seluruh ummat Islam di seluruh dunia dan selamat melaksanakan ibadah haji dan ibadah korban.

Semoga ruh pengorbanan yang sejati akan menjelma pada setiap tindakan seharian kita. Pengorbanan tiada noktah. InsyaAllah

Tarbiah – Cinta – Peduli

#salamaidiladha
#pmmm_media

To Top
Loading...