Ucapan

Salam Aidilfitri

Ucapan Timbalan Presiden 2 bersempena Hari Raya Aidilfitri 2017/1438H

Takbir Aidilfitri kini bergema lagi, maka datanglah sekali lagi segala kerinduan kepada ahli keluarga yang disayangi serta sanak saudara dan teman-teman yang dicintai. Tambahan lagi, dengan keberadaan kita yang jauh dari mereka dan keadaan yang tidak memungkinkan kita untuk kembali ke tanah air, maka tetaplah kita semua di sini, di bumi Maghribi ini, menahan rasa pilu dan syahdu tatkala mendengar takbir di pagi raya ini.

Namun, awas sahabat ! Hidup hanya sekali, peluang yang hadir ini pun begitu jua. Raikanlah teman seperjuangan yang bersama-sama menahan kesedihan seperti kita. Kita punya keluarga di sini. Mereka adalah ahli keluarga kita. Sebarkan salam dan senyum buat mereka. Hari Raya, hari kemenangan untuk kita semua!

Hari Raya, hari untuk bergembira. Dan alangkah indahnya sekiranya kegembiraan itu juga tidak dicemarkan dengan dosa dan noda yang berjaya dijauhi sepanjang bulan Ramadhan yang mulia. Besederhanalah dalam berhibur. Besederhanalah dalam menghiasi diri. Besederhanalah dalam menjamu selera. Kerana sesungguhnya, sebaik-baik perkara itu adalah yang sederhana (خير الأمور أوسطها)

Tarbiah – Cinta – Peduli

#AnugerahSyawal
#SalamLebaran

To Top
Loading...