Alhamdulillah.
Sambutan Hari Malaysia berjaya dilaksanakan semalam, 16 September, melalui perlawanan persahabatan dalam acara bowling yang berlangsung di Megamall, Rabat.
Perlawanan ini disertai oleh pegawai-pegawai dari Kedutaan Malaysia serta beberapa orang mahasiswa dan mahasiswi PMMM.
Sambutan ini juga bertujuan merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara mahasiswa-mahasiswa dengan pihak Kedutaan Malaysia yang baru sahaja mula bertugas beberapa bulan yang lepas di bumi Maghribi ini.
Terima kasih kami ucapkan atas kerjasama dan sokongan kalian.
Facebook : Exco Sukan Kebudayaan Rekreasi
Tarbiah – Cinta – Peduli