Album

Sambutan Hari Raya Aidiladha 1438H

Tarikh : 2 & 3 September 2017

Hari : Sabtu & Ahad
Tempat : Pejabat Kedutaan Besar Malaysia ke Maghribi
__________
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang dua hari program :

(HARI 1)
– Sembelihan dan lapahan yang dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Nursafwan bin Hazeman, Ustaz Muhammad Ayman Al-Akiti dan Ustaz Ahmad Arif Bin Zulkefli.
– Gotong-royong perdana.
– Masakan yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Hafizi Bin Rozali.

(HARI 2)
– Sesi bergambar bersama para pegawai kedutaan.
– Ucapan wakil pengarah oleh saudari Mannal binti Mansor
– Ucapan presiden oleh saudara Ahmad Haiqal Fitri bin Ahmad Fuad.
– Ucapan wakil pegawai kedutaan oleh Encik Shahril Nizam bin Abdul Malek.
– Tazkirah khas sempena Hari Raya Aidiladha oleh Ustaz Muhammad Ayman Al-Akiti.
– Jamuan
– Solat Zohor berjemaah dan laungan takbir raya.
__________

Untuk makluman semua, alhamdulillah majlis ini turut dijayakan dengan menyembelih 3 ekor kambing dan seekor lembu yang disumbangkan oleh beberapa pihak termasuklah daripada Raja Morocco, EZ Qurban dan individu iaitu Encik Kheirul Shihan Bin Mohamad.

Sekalung apresiasi kami ucapkan kepada semua pihak yang sama-sama membantu dalam menjayakan majlis ini sama ada bagi mereka yang menyumbang wang ringgit, masa dan tenaga. Selayaknya ganjaran hakiki buat kalian!

Semoga ikatan ukhuwah yang dibina antara mahasiswa-mahasiswa PMMM dan pihak Kedutaan Besar Malaysia di Maghribi tetap tersimpul erat hingga ke akhirnya.

Credit to : Exco Rohani

#RayaHajidiMaghribi1438h

Tarbiah – Cinta – Peduli

 

To Top
Loading...