Aktiviti

Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Salam Aidilfitri buat semua warga PMMM yang dirahmati Allah sekalian. Semoga bulan Ramadhan yang telah meninggalkan kita telah diisi dengan amalan-amalan yang Insyaallah memberi kebaikan kepada diri kita semua.

Seperti tahun-tahun sebelum ini Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan bagi meraikan lebaran dengan penuh kemeriahan sesama ahli PMMM bertempat di kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Maghribi.

Dengan berkumpulnya rakyat Malaysia pada satu Syawal ini dapat mengubat kerinduan mahasiswa dan mahasiswi kepada kampung halaman mereka dan merasai kemeriahan hari raya seperti di tanah air walaupun berada jauh di perantauan.

Terdapat banyak aktiviti menarik yang dilakukan pada sambutan kali ini seperti pertandingan kuih raya, pertandingan busana raya tercantik, cabutan bertuah duit raya dan lain-lain.

Lensa kamera PMMM media kali ini telah merakamkan pelbagai gelagat dan aktiviti sepanjang sambutan yang kita semua boleh saksikan pada gambar yang disertakan .

Tarbiah – Cinta – Peduli

#pmmm_media
#teamrayamaghribi
#AkuRayadanMaghribi

To Top
Loading...