Penaku Patah

Sang Pemimpi

Sang Pemimpi

Setinggi-tinggi langit biru,
Kutempelkan impian yang satu.
Kubiar terbang beribu batu,
Berbekalkan doa dan restu.

Ketika diuji, moga dikuatkan hati.
Agar tidak terjatuh,
tidak mengeluh.
Sebaliknya meninggi, menggapai yang dihajati.

Dipupuk minat, ditiup semangat,
Agar terus kuat,
Menghadapi rintangan tersurat.
Mengutip hikmah tersirat.

Dan aku akan terus bertahan;
kerana masih ada harapan,
masih punya impian,
telah kusandarkan pada Tuhan.

 

Nurjannah Zakaria,
Panitia Bahasa Melayu PMMM sesi 2018/2019,
Universiti Ibn Tofail, Kenitra.

To Top
Loading...