Aktiviti

SEAS GAMES MAGHRIBI 2017

Pada tarikh 9 Julai – 15 Julai 2017, telah berlangsungnya program South East Asian Students Games (SEAS Games 2017) yang bertempat di Manal, Rabat. Tahun ini merupakan giliran bagi Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi (PMMM) untuk menjadi ‘tuan rumah’ kepada peserta-peserta dari Indonesia dan Thailand yang turut belajar di Maghribi.

Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan beribu-ribu penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk semua ahli jawatankuasa dan pihak penaja bagi SEAS Games 2017. Semoga setiap tenaga dan masa yang dicurahkan mendapat balasan baik daripada Allah sebaik-baik pemberi ganjaran. Tanpa pengorbanan anda semua, mana mungkin SEAS Games 2017 menjadi kenyataan.

Pada SEAS Games Maghribi kali ini juga kita dapat menyaksikan Indonesia muncul sebagai juara keseluruhan dan berjaya membawa pulang piala pusingan yang menjadi rebutan setiap negara yang bertanding. Tahniah diucapkan kepada Indonesia! Kepada Malaysia dan Thailand, jangan putus asa. Adatlah dalam pertandingan, yang menang merendah diri, yang kalah usaha lagi.

Semoga Allah meredhai kita semua.

#BANGKITBERSAMA

Tarbiah – Cinta – Peduli

To Top
Loading...