Karya Siswa

Semangat

Semangat

 SEMANGAT

oleh: Man
Kadang-kadang aku terfikir, adakah semangat itu sudah tiada? Adakah perjalanan dari merangkak sehingga ke menara gading telah aku anggap sebagai perjalanan hidup yang normal untuk setiap yang punya akal?

Aku berjalan terlalu perlahan seperti menunggu waktu menempelak diri. Menanti masa dengan setia sedangkan masa berlalu seperti biasa malah terasa laju. Kah!

Dahulu,
UPSR, PMR/PT3 dan SPM menjadi titik untuk mencapai kejayaan; menarik diri untuk terus menelaah, menyedari diri sudah ketinggalan daripada menjadi anak emas sekolah. Gigih! Latih tubi otak sepertinya atlet bina badan. Latihan demi latihan. Dipantau dan dibimbing. Ada tangan, jika tergelincir. Ada bahu, jika terjelepok. Ada cahaya, jika sesat.

Sekarang,
Sudah di menara tetapi seakan mahu terjun, meninggalkan harapan dan kejayaan di puncak, kembali kebawah tanpa rasa bersalah. Huh!

Membuka topeng tika di menara kerana telah tiada tangan, bahu dan cahaya. Hipokrit!

 

Bebas?

Hanya mimpi untuk menjadi seperti nama-nama yang agung dikulit kitab. Namun, usaha seperti sekadar tahu nama mereka tanpa mengetahui jumlah tenaga untuk mengekalkan titis dakwat isi kitab.

 

Hati selalu berdoa agar tidak terus lemas. Badan selalu ingin memberi kerjasama. Tetapi, nafsu yang menghalang tanpa diri ini begitu melawan. Sekadar tamparan keras dan catatan karut buat diri ini.
-man-
27/02/2020
Ruang Gema, Maghribi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

To Top
Loading...