SEMINAR PEMBANGUNAN INTELEK 3.0 : THE MIRACLES OF AL-QURAN “MOTIVATION AND BUILDING SELF-ESTEEM”
Pada 19 Januari 2019 yang lalu, Exco Pendidikan sesi 2018/19 telah menganjurkan suatu program ilmiah yang dihadiri kira-kira 80 orang ahli PMMM. Program tersebut bertempat di Dewan Sale, Sale Maghribi dan bertemakan Alquran dan Motivasi diri.
Pembentangan di sampaikan sendiri oleh ahli PMMM Ustazah Shahirah Nadiah binti Shaharuddin calon PHD dari Universiti Ibn Tofail, Kenitra. Kami dari barisan Exco Pendidikan merangkap ahli jawatan kuasa pengurusan SPI 3.0 2019 mengucapkan berbanyak-banyak penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli PMMM yang bersama-sama memeriahkan program pada kali ini.
Harapan kami juga, semoga semua ahli PMMM dapat mengambil sebanyak-banyak input yang berguna daripada seminar ini. Diharap agar seminar inin dapat diteruskan lagi oleh generasi akan datang sebagai satu wasilah untuk merapatkan hubungan di antara ahli PMMM.
Sekian. Terima kasih.
.: Cultivating A W. I. S. E. Ummah :.