Pada hari Sabtu 14 Julai 2018, bersamaan 1 Zulqaedah 1439H, telah diadakan Seminar Persediaan Kerjaya anjuran bersama Pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Rabat, Maghribi dan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi (PMMM) bertempat di Dewan INPT, Rabat.
Seminar ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada mahasiswa tentang keadaan realiti dunia pekerjaan.
Antara pengisian seminar ini ialah slot Mengenal Personaliti Diri, Slot Penyediaan Resume dan Surat Rasmi dan Slot Panduan Menghadiri Temuduga.
Selain itu, para mahasiswa juga dilatih untuk menghadapi temuduga pekerjaan dalam “Simulasi Temuduga”.
Para mahasiswa juga diberi penerangan tentang peluang kerjaya di Malaysia yang berkaitan dengan bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab.
Kami berharap agar Seminar ini dapat membantu para mahasiswa untuk mempersiapkan diri mereka dan sebagai bekalan bagi menghadapi alam pekerjaan.
.: Cultivating A W.I.S.E. Ummah :.