Tarikh : 19 FEBRUARI 2016
Tempat : AUDITORIUM IBRAHIM BOUTALIB, UNIVERSITI MOHAMMED V, SOUISSI RABAT
Anjuran : EXCO KEBAJIKAN SESI 2015/2016
Kehadiran : 57 ORANG
Penceramah : USSTAZ MUHAMMAD AIZAT SYIMIR BIN ROZANI
Seminar ini bertujuan untuk mengisi masa lapang ahli Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi (PMMM) sementara menunggu permulaan semester baru yang bakal ditempuh akhir bulan Februari ini.
Antara objektif seminar ini diadakan adalah untuk mendidik mahasiswa dan mahasiswi agar berdisiplin dalam berketerampilan diri seperti dalam etika pemakaian. Selain itu, ia juga untuk menambah pengetahuan serta pemahaman ahli Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi (PMMM) berkenaan dengan etika dan protokol bagi majlis rasmi.