Artikel

SERANGAN KIMIA : ANTARA KEKEJAMAN ASSAD DAN HIPOKRASI BARAT – AR. SYED RADHI

19int-syria-1-superJumbo-640x417                                            SYRIA-CRISIS_-640x425

 

Pada hari Selasa 4 April yang lepas, bandar Khan Sheikoun berhampiran Idlib,Syria telah dibom dengan senjata kimia oleh Tentera Udara Assad. Kejadian yang berlaku sekitar 6.30 pagi ini telah mengakibatkan 80 orang terbunuh termasuk lebih 10 kanak-kanak.

Mengapa ianya dikatakan senjata kimia? Ini adalah kerana kesan-kesan yang ditunjukkan lebih 400 mangsa kesemuanya hampir menjurus kepada kesan-kesan serangan kimia seperti menjadi lemah, pandangan kabur dan sukar bernafas. Lebih 20 mangsa mati diatas katil dek rentetan serangan yang dilakukan diawal pagi.

Ketiadaan kecederaan yang nyata pada tubuh mangsa juga menyokong ianya adalah serangan kimia. Keadaan mangsa yang seperti tercekik, muntah, menggelupur sambil mulut berbuih pula menunjukkan tanda-tanda mereka terdedah kepada senjata kimia dari gas sarin.

Dakwaan dari pihak Russia yang mengatakan kononnya senjata kimia ini dimiliki oleh pejuang pembebasan Syria disangkal sepenuhnya oleh pakar senjata kerana gas saraf seperti ini adalah mahal dan memerlkan kepakaran untuk disimpan dengan selamat. Gas sarin tersebut juga memerlukan tempat simpanan yang mempunyai kemudahan untuk menyedut keluar oksigen keluar dari tempat tersebut.

Sebenarnya, ini adalah kali ketiga tentera Assad bertindak kejam kerana menggunakan senjata kimia. Sekurang-kurangnya 400 orang terbunuh semasa serangan senjata kimia di Ghouta Timur berhampiran Damsyik manakala sekurang-kurangnya 26 terbunuh di Khan al-Assal. Kedua-dua serangan ini telah dilakukan pada tahun 2013.

Kekejaman Basyar al-Assad dan bapanya Hafiz sejak lebih 40 tahun dahulu kepada rakyat Syria sendiri adalah kenyataan yang tiada ruang untuk disangkal.

Peristiwa pembunuhan beramai-ramai di bandar Hama pada 1982 adalah antara kemuncaknya. 55 ribu tentera Assad menyerang dan mengebom rakyatnya sendiri selama 27 hari 26 malam membunuh lebih 40 ribu nyawa.

Oleh itu, janganlah kita berhenti berdoa untuk mereka. Amalkan qunut nazilah dalam setiap solat kita. Kerana doa adalah senjata terkuat bagi mereka yang percaya.

TARBIAH – CINTA – PEDULI

sumber :
http://quranicgen.com/serangan-kimia-antara-kekejaman-assa…/

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

To Top
Loading...