Artikel

Setitik Darah Sejuta Rasa|Kempen Derma Darah

 KUALA LUMPUR 18 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap lebih ramai rakyat Malaysia menderma darah berikutan keperluan yang tinggi di hospital-hospital di negara ini.

“Keperluan untuk darah di hospital-hospital Malaysia amatlah tinggi. Saya berharap agar lebih ramai rakyat Malaysia menderma darah,” kata Najib menerusi catatan terbaharu di laman Facebook miliknya hari ini.

Perdana Menteri berkata menderma darah juga difatwakan sebagai harus di dalam Islam.

Beliau turut memasukkan maksud sepotong ayat daripada Al-Quran dalam kenyataannya itu, iaitu dari Surah Al-Ma’idah ayat 32:

“…dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.”

– BERNAMA

 

5art bm_thumbnail

art 2 banner_thumbnail

 

8 Fakta Menarik Mengenai Derma Darah

  1. Menyatukan kita semua

Inilah sebab paling utama untuk menderma darah. Ia mengingatkan kita bahawa sesungguhnya kita semua adalah sama. Kepelbagaian budaya dan perbezaan sosial bukanlah menjadi satu faktor apabila berhadapan dengan kecemasan, terutamanya yang melibatkan rawatan perubatan. Marilah kita bersatu dan bersama-sama menderma darah demi kebajikan semua rakyat Malaysia! Darah sama merah. Ayuh, buktikan semangat perpaduan kita.

 

  1. Mengurangkan risiko penyakit jantung

Penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di Malaysia sejak 30 tahun lalu. Namun, kita masih ada harapan. Dengan menderma darah, anda boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan penyakit jantung. Penyakit jantung dikaitkan dengan kandungan zat besi di dalam darah anda. Zat besi yang berlebihan akan menjadikan darah anda pekat dan mengakibatkan kerosakan arteri dalam jangka masa panjang. Apabila anda menderma darah, anda mengeluarkan zat besi daripada tubuh anda serta mengekalkan kecairan darah yang sesuai untuk kesihatan arteri anda.

 

  1. Mengurangkan risiko kanser

Kanser adalah penyakit yang paling digeruni oleh semua orang. Jumlah kes kanser didapati semakin meningkat di Malaysia, iaitu daripada 32,000 kes baharu pada tahun 2008 hingga 37,400 pada tahun 2012. Risiko kanser meningkat setiap kali kita mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan menghirup udara yang tercemar. Tetapi dengan menderma darah secara berkala, anda boleh mengurangkan risiko kanser pada bahagian usus, perut, hati dan tekak.

 

  1. Menambah sel darah

 Menderma darah mengurangkan jumlah sel darah merah di dalam tubuh anda dan memaksa sumsum tulang untuk menghasilkan sel baru. Ia umpama menekan butang ‘reset’ pada tetapan pelayar Internet anda. Tubuh anda menjadi lebih bertenaga dan dapat berfungsi dengan lebih baik. Suatu ‘pembaharuan’ yang menyegarkan!

 

  1. Vaksinasi hepatitis B

Ancaman Hepatitis B adalah sangat berbahaya – ia boleh merosakkan hati anda dan merupakan 50 hingga 100 kali lebih mudah berjangkit berbanding HIV. Kini, 1.4 juta rakyat Malaysia didapati menghidapinya. Ambillah langkah bijak untuk mendapatkan vaksinasi Hepatitis B. Jika anda menderma darah sebanyak dua kali setahun, anda akan mendapat vaksinasi secara percuma! Tawaran ini sah untuk pendermaan darah di Pusat Darah Negara atau hospital yang bersekutu dengannya.

 

  1. Wad hospital kelas pertama

Jika anda dimasukkan ke hospital untuk apa jua sebab, anda mengharapkan keselesaan semasa menerima rawatan. Di Malaysia, jika anda menderma darah untuk sebilangan kalinya, anda layak menerima rawatan percuma di wad hospital kelas pertama. Syaratnya, anda menderma darah di Pusat Darah Negara atau hospital yang bersekutu dengannya. Sila rujuk jadual lengkap manfaat di sini:  http://bit.ly/1uRPetK

 

  1. Pemeriksaan kesihatan percuma

Petugas perubatan di pusat derma darah akan memberikan anda pemeriksaan kesihatan ringkas. Mereka boleh memberitahu anda beberapa petunjuk penting seperti kumpulan darah, tekanan darah, tahap kolesterol, dan banyak lagi. Anda tidak perlu mengunjungi doktor dan membayar untuk mendapatkan pemeriksaan seumpamanya.

 

  1. Mengurangkan berat badan

Rakyat Malaysia memang suka menjamu selera. Tetapi apabila berat badan mula meningkat, anda seharusnya berasa bimbang. Dengan menderma darah, anda membakar 650 kalori dan menghilangkan satu paun berat untuk setiap pain darah yang didermakan.

 

Kriteria Penderma Darah

ANDA LAYAK MENDERMA DARAH SEKIRANYA :

  1. Sihat tubuh badan.
  2. i) Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.
  3. ii) Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.

iii) 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga).

  1. Berat badan 45kg ke atas.
  2. Tidur minimum 5 jam.
  3. Tiada masalah kesihatan.
  4. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.
  5. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut :
  • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.
  • Bertukar-tukar pasangan seks.
  • Mengambil dadah secara suntikan.
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.
  1. Pendermaan terakhir 3 bulan lepas
  2. Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak.
  3. Jangan menderma jika anda :
  • Pernah tinggal di United Kindom (England, Northern, Ireland, Scotlaand, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih.
  • Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih.

 


 

Sumber Rujukan :

http://baca-blogspot.blogspot.com/2012/11/fakta-mengenai-menderma-darah.html

http://www.astroawani.com/infografik/fakta-derma-darah-42805

http://www.malaysiablooddonors.org/malaysiablooddonors/malay/bloodfacts-malay.php

 

|PMMM Cakna-Buletin|

To Top
Loading...