Pihak Persatuan Mahasiwa Malaysia di Maghribi (PMMM) dengan rasa syukur dan bangganya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua graduan dari universiti-universiti serata Maghribi yang telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dengan jayanya bagi tahun 2017! Alhamdulillah!
Kejayaan yang telah mereka ukir ini wajar diteladani dan dijadikan sebagai aspirasi oleh semua lapisan masyarakat untuk terus berjaya dalam kehidupan khususnya para mahasiswa Malaysia di Maghribi.
Buat para graduan sekalian,
Selamat maju jaya dan selamat berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara! Semoga langkah kalian sentiasa disinari dengan rahmat Tuhan sekalian alam.
——
*Senarai Nama Graduan Ijazah Sarjana Maghribi 2017 :
1. MUHAMMAD IZZAT BIN MOHD ZAINAL ABIDIN
2. AMIRUL ASYRAF BIN ANIZAR
3. MOHD FAROUQ NUKMAN BIN ZAMRI
4. AHMAD BIN ISMAIL
5. ALIAH HARIZAHANI BINTI ABDUL HALIM
6. IZHAM HAKIMI BIN REDZAN
7. AHMAD AFIQ IRSHAD BIN OMAR
8. KAUTHAR BINTI RAZALI
9. MUHAMMAD AIZAT SYIMIR BIN ROZANI
10. MUHAMMAD NURSAFWAN BIN HAZEMAN
11. ZAINUL ABIDIN BIN ABDUL HALIM
12. NURUL NURAIDA BINTI ROSMAN
—–
“There are no secrets for success. It is the result of preparation, hardwork and learning from failure.”
#RaikanKejayaan #MemoriTerindahPengembaraIlmu
#MasamManisMaghribi
#CatatanKisahMahasiswaMaghribi
#PMMM_Di_Hati
Tarbiah – Cinta – Peduli
- #1 ( Izzat Zainal ) 📝 Maklumat Diri ✔ Nama : Muhammad Izzat Bin Mohd Zainal Abidin ✔ Tempat Lahir : Pulau Pinang ✔ Tarikh Lahir : 09 Ogos 1993 ✔ Tempat tinggal : Ipoh, Perak 📚 Maklumat Pengajian ✔ Universiti : Universiti Sidi Mohamed Ben Abdellah, Saiss Fes ✔ Bidang pengajian : Ijtihad Fiqhi dan Aplikasinya dalam Perbankan Islam ✔ Tahun pengajian : 2015-2017 ✔ Tajuk bahas : الاستصناع وتطبيقات المعاصرة ✔ Ringkasan bahas : Membincangkan tentang pengertian istisna’ mengikut 4 mazhab yang muktabar. Di dalam kajian ini juga membincangkan tentang pengaplikasian istisna’ dalam muamalat semasa sama ada di dalam perbankan dan lain lain. ✔ Nama musyrif : Dr Abdullah Mu’sir 🌟 Inspirasi ✔ Nasihat : “Kepada sahabat sahabat yang masih bertungkus lumus berjuang di bumi maghribi, teruskanlah berjuang. Kutiplah sebanyak mungkin ilmu ilmu di bumi maghribi dan berkhidmatlah dengan baik untuk masyarakat bilamana sudah pulang ke malaysia nanti. Mudah mudahan Allah membantu kita semua.”
- #2 ( Amir Al-Asyraf ) 📝 Maklumat Diri ✔ Nama : Amirul Asyraf Bin Anizar ✔ Tempat Lahir : Negeri Sembilan ✔ Tarikh Lahir : 08 Januari 1994 ✔ Tempat tinggal : Seremban, Negeri Sembilan 📚 Maklumat Pengajian ✔ Universiti : Universiti Sidi Mohamed Ben Abdellah, Saiss Fes ✔ Bidang pengajian : Ijtihad Fiqhi dan Aplikasinya dalam Perbankan Islam ✔ Tahun pengajian : 2015-2017 ✔ Tajuk bahas : تحويل البنوك التقليدية إلى المصارف الإسلامية ✔ Ringkasan bahas : Menerangkan maksud bank konvensional dan bank islam serta ciri-ciri kedua-dua bank tersebut. Membentangkan sebab-sebab bank konvensional perlu ditukar sistemnya berpandukan syariah. Juga membincangkan cara-cara untuk menukarkan bank konvensional kepada bank islam dan risiko-risiko yang bakal di hadapi sepanjang proses penukaran berlaku. Memberikan beberapa contoh negara yang telah melaksanakan penukaran bank konvensional kepada bank Islam. ✔ Nama musyrif : Dr Abdullah Mu’sir 🌟 Inspirasi ✔ Nasihat : “Dalam mengejar impian dan cita- cita kita tidak pernah terlepas dari pelbagai ujian dan masalah. Begitulah mehnah setiap insan walau apapun profisien nya. Jangan putus asa. Teruskan berjalan. Kita punya sumber kekuatan iaitu usaha dan berserah pada Tuhan.”
- #3 ( Farouq Nukman ) 📝 Maklumat Diri ✔ Nama : Mohd Farouq Nukman Bin Zamri ✔ Tempat lahir : Kenitra, Maghribi. Kemudian dibesarkan di Selangor. 📚 Maklumat Pengajian ✔ Universiti : Universiti Sidi Mohamed Ben Abdellah, Fes-Sais, Maghribi ✔ Bidang pengajian: Ijtihad Fiqhi dan Pelaksanaannya di dalam Perbankan Islam ✔ Tahun pengajian : 2015-2017 ✔ Tajuk bahas : المقامرة وتطبقاتها في الأسواق المالية ✔ Ringkasan bahas : Jika anda membaca berkaitan pasaran kewangan (terutama pembacaan di dalam bahasa arab), anda akan mendapati banyak istilah-istilah mu’amalah islamiah yang diguna pakai di dalam pasaran kewangan. Antara istilah yang diguna pakai di dalam pasaran kewangan adalah: ‘mudharabah’, ‘murabahah’, ‘wadhi’ah’ dan lain-lain. Namun persoalannya, adakah istilah-istilah yang diguna pakai di dalam pasaran kewangan selari dengan maksud yang diguna pakai di dalam mu’amalah islamiah? Di sana terdapat beberapa istilah mu’amalah islamiah yang diguna pakai di dalam transaksi pasaran kewangan, namun hakikat sebenar transaksi tersebut adalah satu bentuk perjudian. Justeru, bahas ini cuba membawa keluar transaksi-transaksi di dalam pasaran kewangan yang berunsur perjudian (sama ada menggunakan istilah mu’amalah islamiah ataupun tidak). ✔ Nama musyrif : Dr Abdullah Mu’sir -hafizohullah- 🌟 Inspirasi ✔ Harapan dan impian setelah tamat pengajian: “Dapat menjaga amanah ilmu (menyumbang apa yang termampu dan tidak berbicara apa yang tidak tahu).” ✔ Nasihat : “Dalam apa pun perkara yang kita lakukan, buatlah yang terbaik semampunya, walaupun kita tidak menjadi yang terbaik dalam kalangan kawan-kawan yang lain. Kerana Allah sesekali tidak melihat kepada natijah, tetapi usaha. Sama ada kita jadi alim ataupun tidak, itu cerita sampingan. Yang utamanya adalah, kita belajar dan terus belajar.”
- #4 ( Aliah Harizahani Abdul Halim ) 📝 Maklumat Diri ✔ Nama: Aliah Harizahani Binti Abdul Halim ✔ Negeri asal : Selangor ✔ Sekolah : SAM Bestari 📚 Maklumat Pengajian ✔ Universiti : 1. Ibn Tofail, Kenitra 2. Cadi Ayyad, Marrakech ✔ Bidang Pengajian : 1. Pengajian Islam (takhassus Fiqh & Usul) 2. Fiqh Nawazil Kontemporari ✔ Tahun Pengajian : 1. 2011 – 2014 2. 2014 – 2017 ✔ Tajuk bahas : تجربة البنوك اﻹسلامية في ماليزيا ✔ Ringkasan bahas : (Bidang Muamalat Islam merupakan antara cabang ilmu syariah yang terdapat banyak permasalahan ijtihad padanya manakala sektor Perbankan Islam pula merupakan salah satu daripada Nawazil atau isu baru yang signifikan dan hangat dibincangkan dalam kalangan ulama fiqh kontemporari.) Tesis ini berkisar pengalaman dan usaha yang dilakukan oleh Malaysia sebagai salah sebuah negara yang terawal dan terkedepan dalam menerajui sektor Perbankan Islam bermula dengan tertubuhnya Lembaga Tabung Haji. Menerusi cetusan idea, teori dan praktis yang dilaksanakan oleh bank-bank Islam di Malaysia selama hampir 3 dekad, tesis ini cuba untuk menelusuri sejarah perkembangan serta pembaharuan yang telah diimplementasikan hasil kerjasama pelbagai pihak dalam memajukan sektor ini. Meskipun sektor ini semakin diterima baik oleh masyarakat majmuk & berjaya menjadi jalan keluar bagi umat Islam daripada terlibat dengan riba & pinjaman konvensional, akan tetapi jika diteliti dari sudut praktikalnya, masih terdapat sebahagian daripada pendekatan atau produk yang diperkenalkan oleh mereka tidak terlepas daripada permasalahan fiqh seperti kontrak berasaskan Tawarruq dan Bay al-‘Inah yang menerima kecaman & kritikan daripada ulama di Tanah Arab. Secara ringkasnya, tesis ini mengandungi 2 Fasl; fasl teori (nazari) mengandungi sejarah & perkembangan bank Islam di Malaysia manakala fasl praktikal (tathbiqi) mengupas beberapa akad muamalat yang diamalkan seperti Murabahah, Mudharabah, Musyarakah, Ijarah, Istisna’ dan Wadi’ah serta perbincangannya dari kaca mata Fiqh. ✔ Nama musyrif: Dr. Abdellatif Ait Ammi 🌟 Inspirasi ✔ Harapan : “Harapan saya moga dapat memberi manfaat kepada masyarakat di Malaysia khususnya & ummah secara umumnya.” “Impian agar dapat teruskan pengajian & ikuti jejak langkah Dr. Mohd Daud Bakar.” ✔ Nasihat : “Sepertimana memanah, kita hendaklah mensasarkan terlebih dahulu hala tuju busur & anak panah. Seperti itulah dalam belajar. Kita mestilah menetapkan objektif atau apa yang kita mahu sepanjang perjalanan menuntut ilmu. Kerana dengan sasaran inilah yang akan membuatkan kita terus kuat dan berusaha sedaya upaya untuk tiba ke garisan penghujung walaupun di pertengahannya penuh dengan dugaan & cabaran.”
- #5 ( Izham Hakimi ) 📝 Maklumat Diri ✔ Nama : Izham Hakimi Bin Redzan ✔ Tarikh lahir : 12/5/1992 ✔ Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah : Sekolah Rendah Al-Azhar dan seterusnya, Sekolah Kebangsaan Megat Dewa, Kedah. Sekolah menengah : SMA Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah (al-maad) Arau, Perlis, diperingkat PMR, SPM & STAM. Ijazah: Universiti Muhammad V, Rabat. Master: Universti Qarawiyyin, Dar Hadis Hassaniyah, Rabat. 📚 Maklumat Pengajian ✔ Universiti : Universiti Qarawiyyin, Dar Hadis Hasaniyah. ✔ Bidang pengajian : (مسار التعليل الفقهي (أصول الفقه ✔ Tempoh pengajian : 3 tahun ✔ Tajuk bahas : اعتبار المآل عند المالكية في فتاوى الوقف(المعيار المعرب للإمام الونشريسي أنموذجا) ✔ Ringkasan bahas : Bahas berkaitan dengan teori fiqh ma’al dan kepentingannya di dalam bidang fatwa, bagaimana kepentingan teori bagi seorang mufti dalam amal-amal fatwa. Oleh yang demikan, menulis satu tajuk daripada tajuk feqah iaitu wakaf dan menerangkan bagaimana kehadiran teori ini dan kepentingan di dalam amal mufti dengan mengklasifikasikan fatwa-fatwa wakaf di dalam kitab mi’yar mengikut kaedah fiqhiyah terkandung di dalam fatwa-fatwa tersebut. ✔ Nama musyrif : Dr Abdel Hamid Achak 🌟 Inspirasi ✔ Impian setelah tamat pengajian : “Melanjutkan pengajian di peringkat seterusnya dan terus menjadi seorang yang cintakan ilmu.” ✔ Nasihat pertama : “Mahasiswa tidak membuang masa, masa muda mereka dan berusaha bersungguh-sungguh dalam mengaji. Penuhkan masa dengan perkara yang berfaedah.” ✔ Nasihat kedua : “Mantapkan diri dengan ilmu alat dan ilmu-ilmu yang menjadi kunci dapat membuka kepada diri sahabat untuk menguasai bidang-bidang yang dipelajari.”
- #6 ( Afiq Irchad Omar ) 📝 Maklumat Diri ✔ Nama : Ahmad Afiq Irshad bin Omar ✔ Negeri asal : Kedah, menetap di pulau pinang 14 tahun di kedah 9 tahun, 📚 Maklumat Pengajian ✔ Universiti : Universiti Abdel Malek Sa’di, Tetouan ✔ Bidang pengajian : Usuluddin wa Dirasat Syar’iah Fi Al-Gharb Al-Islami ✔ Tahun pengajian : 2015-2017 ✔ Tajuk bahas : الاجتهاد في المناط واستثماره في النوازل الحديثة والإفتاء ✔ Ringkasan bahas : Tesis ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan bahagian teori, iaitu pengenalan mengenai manat atau ‘illah syar’iah dan kaitannya dengan mustolah sabab dan hikmah. Turut dibincangkan masalik ‘illah iaitu metod ulama usul fiqh mengeluarkan ‘illah atau manat daripada teks syar’ie, dan syarat2 ‘illah serta ikhtilaf ulama dalam menerimanya. Bahagian kedua adalah merupakan bahagian praktikal di mana saya cuba membawa contoh penggunaan ulama bagi mengeluarkan hukum bagi perkara-perkara kontemporari melalui kaedah yang telah disebutkan di bahagian pertama, ia dibahagikan kepada tiga contoh daripada 4 pembahagian hukum-hukum feqah yang masyhur susunannya. ✔ Nama musyrif : Ustaz Duktur Muhammad Asy Syantuf 🌟 Inspirasi ✔ Harapan dan impian : “Sepanjang pengajian saya di maghribi, apa yang saya pelajari ialah ilmu itu sangat luas, dan amatlah tidak wajar bagi seseorang yang dikurniakan kemampuan oleh Allah S.W.T untuk tidak menceburkan diri dalam bidang ilmu terutamanya ilmu menyelamatkannya di dunia dan akhirat. Jadi harapan saya agar ilmu yang saya pelajari dapat mendekatkan saya kepada kefahaman yang betul kepada risalah Nabi Muhammad S.A.W, iaitu penerapan sikap yang mulia, kemajuan diri dan masyarakat, dan kefahaman dalam meneliti serta bergegas menunaikan perkara yang utama.” ✔ Nasihat : “Nasihat saya kepada mahasiswa, sebagai mahasiswa, kita adalah pengkaji, bukan penghukum dan bukan penurut kata-kata orang lain (muqallid). Oleh itu sekiranya kita berdepan dengan sesuatu situasi atau perkara, maka bertindaklah dengan rasional, kaji secara benar berdasarkan panduan para Ulama yang mursyid, belajar sikap toleransi dan adil dalam menghukum, fahami perkara-perkara yang perlu didahulukan, belajar memahami masalah secara mendalam, elakkan sikap melulu, belajarlah dari pelbagai aliran guru dan ulama, utamakan akhlak yang mulia dan sentiasa bersikap dengan sikap ingin tahu (curiosity) dan sentiasa mencari sisi positif dalam berbagai situasi.”
- #7 ( Kauthar Razali ) 📝 Maklumat Diri ✔ Nama : Kauthar Bt Razali ✔ Negeri asal : Kuala Terengganu ✔ Status : Berkahwin, Seorang anak 📚 Maklumat Pengajian ✔ Universiti : Universiti Abdul Malek Esaadi,Tetouan. ✔ Bidang pengajian : Akidah dan Tamadun Islam ✔ Tahun pengajian : 2 tahun ✔ Tajuk bahas : Aliran westernisasi di Malaysia ✔ Ringkasan bahas : Menceritakan tentang hakikat pengaruh westernisasi di Malaysia dari segi pendidikan, politik, sosial dan lain-lain. ✔ Nama musyrif : Muhammad Ayatullah Jabbari 🌟 Inspirasi ✔ Harapan dan impian : “Tidak jemu menuntut ilmu walaupun sudah bekerja.” ✔ Nasihat : “Better late than never.”
- #8 ( Aizat Syimir ) 📝 Maklumat Diri ✔ Nama : Muhammad Aizat Syimir Bin Rozani ✔ Negeri asal : Selangor ✔ Tempat tinggal : Ampang ✔ Bilangan adik-beradik : 2 daripada 3 📚 Maklumat Pengajian ✔ Universiti : Universiti Mohamed V, Rabat, Maghribi ✔ Peringkat pengajian : Ijazah Sarjana ✔ Bidang pengajian : Pengajian Islam (العلوم الشرعية والبناء الحضاري) ✔ Tajuk bahas: الجهاد المدني في ضوء القرآن والسنة ✔ Nama musyrif : Dr. Abd Al-Rahman Bukili ✔ Ringkasan bahas: Kajian ini merupakan satu usaha untuk menerangkan hakikat jihad yang sebenar dan mendalami satu cabang daripada 2 cabang jihad yang besar iaitu Al-Jihad Ghairu Al-Qitali (Jihad yang bukan membunuh) atau apa yang dikenali dengan terma moden sebagai Al-Jihad Al-Madani (Jihad sivil). 🌟 Inspirasi ✔ Harapan dan impian setelah tamat pengajian: “Akan terus menimba ilmu dan menyumbang apa yang termampu sehinggalah dijemput Tuhan.” ✔ Nasihat : “Belajarlah dengan penuh kasih sayang dan perasaan gembira. Bukan sebab terpaksa dan dipaksa. Sepertimana dalam ibadah, kita menyerahkan diri kepada Tuhan, bukan dipaksa menyerahkan diri.”
- #9 ( Muhammad Nursafwan ) 📝 Maklumat Diri ✔ Nama : Muhammad Nursafwan Bin Hazeman ✔ Negeri asal : Kota Bharu, Kelantan ✔ Anak ketiga daripada 8 adik beradik. 📚 Maklumat Pengajian ✔ Universiti : Universiti Moulay Ismail Meknes. ✔ Bidang pengajian : Sarjana Muda bahagian Linguistik Bahasa Arab (المناهج اللسانية وتحليل الخطاب القرآني – Linguistic Methodology & Analysis of Quranic Discourse) ✔ Tahun pengajian : 2015 – 2017. ✔ Tajuk bahas : التركيب القرآني وامتداداته الدلالية في بنية الجملة الفعلية البسيطة، سورة الفرقان أنموذجا ✔ Ringkasan bahas : Kajian aspek keistimewaan perubahan sintaksis Al-Quran terhadap makna melalui gabungan antara nahu Bahasa Arab dan nahu generatif Noam Chomsky dalam teori beliau prinsip dan parameter (1981, 1986). Kajian ini cuba menjawab persoalan sejauh mana tahap teori nahu generatif mampu menganalisis sintaksis alquran dan kesannya kepada makna dalam surah Al-Furqan. Hal ini disebabkan sintaksis Al-Quran yang lebih kompleks dan melangkaui aspek teori tersebut. ✔ Nama Musyrif : Ust Dr Mohamed Laghrissi. 🌟 Inspirasi ✔ Harapan : “Meneruskan pengajian peringkat PHD.” ✔ Nasihat : “Memanfaatkan masa menguasai Bahasa Arab dengan baik. Selain itu, bagi bakal graduan mahasiswa perlu menguasai teknik-teknik penulisan tesis. Tesis bukanlah sekadar mengumpul maklumat tetapi ia adalah medan untuk memahami jalan berfikir dan cuba mencari solusi. Akhir sekali, kesalahan dan kesilapan adalah guru kehidupan.”
- #10 ( زين الإسلام ) 📝 Maklumat Diri ✔ Nama : Zainul Abidin Bin Abdul Halim ✔ Negeri asal : Kedah 📚 Maklumat Pengajian ✔ Universiti : Universiti Abdel Malek Saadi, Tetouan. (Fakulti Usuliddin) ✔ Bidang pengajian : Usuluddin dan Syariah di barat dunia Islam ✔ Tahun pengajian : 2 tahun ✔ Tajuk bahas : سواد العين والحاجب في نصرة العلامة ابن الحاجب للشيخ أبي الفضل قاسم بن محمد القلشاني – تقديم وتحقيق ✔ Ringkasan bahas : Tesis ini merupakan satu kajian manuskrip ulama tunis kurun ke-12 hijrah yang menghuraikan masalah ilmu Balaghah (مسألة تقييد الفعل بالشرط-حرف لو الشرطية) dengan menggunapakai kaedah-kaedah ilmu Mantiq. Beliau juga membahas perbezaan pendapat antara Ibn Hajib dan Taftazani dalam masalah tersebut. Kitab ini dimulai dengan mnyebut 34 kanun lazim malzum yang digunakan dalam memahami perbahasan kitab beliau. Pengkaji cuba menghurai kanun-kanun ini di bahagian taqdim dengan menyebut contoh-contoh daripada masalah usul, kalami, dan lughah yang bersesuaian dengan setiap kaedah ✔ Nama musyrif : Dr. Al Amin Iqriwar 🌟 Inspirasi ✔ Harapan dan impian setelah tamat pengajian: “Berkhidmat untuk guru saya Syeikh Khalil Ilyas dan untuk kebaikan umat Islam.” ✔ Nasihat : “Kuasai nahwu dan sorof kerana ia adalah kunci ilmu islam, berakhlak dengan para guru dan mencintai para soleh, bersuhbah dengan guru yang mursyid seperti Syeikh Khalil Ilyas kerana ada banyak keberkatan pada suhbah yang tidak akan didapati melalui membaca dan menuntut ilmu sahaja.”
- #11 ( Watashi Ayong ) 📝 Maklumat Diri ✔ Nama : Nurul Nuraida Binti Rosman ✔ Negeri asal : Pahang ✔ Tarikh lahir : 23 Disember 1992 ✔ Anak pertama daripada 3 orang adik-beradik 📚 Maklumat Pengajian ✔ Universiti : Universiti Hassan II Ain Chok Casablanca. ✔ Bidang pengajian : Pengajian Islam. ✔ Tahun pengajian : 2017/2018. ✔ Tajuk bahas: أثر العقيدة في التدبير السياسي عند المهدي بن تومرت ✔ Ringkasan bahas : Tesis ini menggabungkan bab Sejarah, Akidah dan Siasah dan bertujuan untuk menerangkan hubungan antara akidah, siasah dan riasah menjadikan Kerajaan Al-Mohad (Muahidin) yang diasaskan oleh seorang lelaki yang bergelar Ibn Tumart sebagai contoh. Tesis merangkumi pendahuluan, pengenalan, dua bab dan penutup. Pendahuluan menerangkan pengertian Akidah, Siasah dan hubungan antara keduanya. Bab pertama merangkumi 3 topik, topik pertama menceritakan tentang keadaan politik, masyarakat dan pemikiran di Maghribi dan Andalus sebelum kemunculan Ibn Tumart. Topik kedua menerangkan kehidupan Ibn Tumart bermula daripada kelahiran, asal usul, perjalanan menuntut ilmu dengan menyebut guru-gurunya yang terkenal.Topik ketiga menceritakan Akidah Ibn Tumart yang menjadi Kontraversi dengan menerangkan hubungannya dengan beberapa kumpulan seperti Asyairoh, Syiah dan Mu’tazilah. Bab kedua juga terdiri daripada 3 topik. Topik pertama menerangkan kaedah ‘amar ma’ruf nahi munkar’ dari perspesktif ahli sunnah, syiah dan khawarij dan menerangkan persamaan pelaksanaannya dengan Ibn Tumart. Topik kedua menceritakan tentang kemunculan Ibn Tumart menentang Kerajaan Al-Morav (Murabitin) yang pada ketika itu dikepalai oleh Ali bin Yousef bin Tachifin sehingga mencetuskan perdebatan antara Ibn Tumart dan kerajaan Murabitin. Manakala topik ketiga mengisahkan strategi yang dilakukan oleh Ibn Tumart untuk menjatuhkan kerajaan Murabitin bermula daripada amar ma’ruf nahi munkar, pengakuan sebagai imam Mahdi yang dijanjikan kemunculannya dalam hadis Nabi, penerapan akidah yang ditulis bagi pengikutnya, pembahagian pengikut mengikut kelas dan kepentingan yang berjaya membawa kepada peperangan menentang kerajaan Murabitin. Penutup menjelaskan hubungan antara Akidah dan Siasah dan menerangkan kepentingan Akidah seorang pemimpin kerana ia mempengaruhi hala tuju kerajaan yang dipimpin. Selain itu, menerangkan akidah Ibn Tumart yang tidak dapat dikenalpasti tetapi kebiasaan ahli sejarah mengatakan beliau terdiri kumpulan Asyairah. Ibn Tumart berjaya meyakinkan masyarakat untuk menjatuhkan kerajaan Murabitin kerana beliau mampu bertutur dalam Bahasa Arab dan Bahasa Bar-Bar dengan baik dan menguasai ilmu Falsafah dan Perdebatan yang merupakan titik kelemahan kerajaan Murabitin pada ketika itu yang pada akhirnya berjaya menukarkan pegangan masyarakat daripada mazhab Salaf kepada Asyairah. ✔ Nama musyrif: Ustaz Dr. Syafiq Lamah. Penulis kitab : مجالس العلم والمناظرة في المغرب والأندلس خلال العصرين المرابطين والموحدين. مقدمة في تاريخ الأديان فصول في أصول التربية الإسلامية. 🌟 Inspirasi ✔ Harapan dan impian setelah tamat pengajian: “Ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat PHD.” ✔ Nasihat : “Belajar itu dimana-mana pun susah. Berbahagialah orang yang merasa lelah, kerana ia lebih dekat dengan DIA yang memberi payah. Susah payah silih berganti, tergoyah tekad teruji hati itu pasti, yang penting kau tahu jalan kembali, setelah jatuh belajar untuk bangkit kembali. Jadilah seperti burung, adakala berhenti berehat. Bukan mencari alasan untuk tidak terbang, tetapi mencari kekuatan untuk terbang lebih tinggi.”