Album

SPRING GATHERING 2018

Pada 8 dan 9 April yang lalu, pihak Jabatan Nuqaba telah berkolaborasi dengan barisan Ahli Lembaga Pentadbir yang lain telah menjayakan Spring Gathering 2018 bertempat di Mehdia, Kenitra dan Sale. Program tersebut turut dijayakan dengan kerjasama pihak مركز النجاح والتنمية-المغرب. Di samping itu, Spring Gathering 2018 kali ini telah berjaya menghimpunkan kira-kira 80 orang pelajar yang menuntut di serata Maghribi termasuklah Rabat, Kenitra, Fes, Casablanca, Marrakech, Tetouan dan Errachidia. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya sukan pantai, BBQ, explorace dan slot ‘Missing Puzzle’ yang berkonsepkan Latihan Dalam Kumpulan dan perbincangan mengenai masalah-masalah yang berlaku di sekeliling kita.

Di kesempatan ini, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa syukur kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha melangsungkan program yang begitu bermakna ini khususnya buat Ahli Jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus demi memastikan program ini berjalan dengan baik dan lancar. Tidak dilupakan juga buat semua yang turun hadir memeriahkan program ini. Sungguh, usaha dan sokongan kalian amat kami hargai.

Semoga Spring Gathering 2018 kali ini mendatangkan manfaat yang dikongsi bersama dan secara tidak langsung diharapkan hubungan yang baik ini disimpul erat dan sentiasa berpanjangan. Terima kasih semua!

#SpringGathering2018Ohsem!

Tarbiah – Cinta – Peduli

 

1 3 4 5 8 10 11 12 13 14 15 16 17 20 23 26 32 35 36 37 39

To Top
Loading...