Program Exco

Sumbangan Tabung Rohingya

 

Assalamualaikum warga PMMM yang dirahmati Allah sekalian!

Apa khabar?! Semua sihat?!

Tak sangka sekarang kita sudah masuk ke Jumaat yang kedua dalam bulan September; dan rata-rata ahli PMMM juga telah memulakan semester baru di jamiah masing-masing. Semoga kalian terus istiqomah ya dalam menuntut ilmu! 😄

Seperti biasa, pada hari Jumaat pihak Exco Kebajikan akan mengadakan kempen sedekah yang mana dijalankan di setiap wilayah.

Akan tetapi, berikutan isu penindasan pelarian Rohingya yang kian diperkatakan lewat kebelakangan ini, kami merasa terpanggil untuk melancarkan “Tabung Sumbangan Rohingya” sebagai tanda keprihatinan dan
demi menyahut seruanNya dalam surah al-Maidah ayat kedua yang mana berbunyi,
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa”

Oleh yang demikian, bagi yang ingin menyalurkan sumbangan berbentuk wang, bolehlah berbuat demikian dengan menyerahkan kutipan tersebut kepada Timb. Exco Kebajikan Saudari Fajriah Husna Azhari atau melalui penghulu setiap wilayah. Kutipan sumbangan ini akan berjalan sehingga 15 OKTOBER 2017 dan kemudiannya akan diserahkan kepada badan NGO, MyCare.

Segala kerjasama dan bantuan kalian semua kami dahului dengan jutaan terima kasih. 😊

Semoga bantuan yang dihulurkan saat ini kelak akan menjadi ‘bantuan’ kita di akhirat sana.

Facebook : Exco Kebajikan

#jumuahmubarakah
#kempensedekah
#tabungsumbanganrohingya

:: TARBIAH – CINTA – PEDULI ::
:: PMMM CAKNA, PMMM PRIHATIN ::

To Top
Loading...