Ucapan

Syukur Dan Tahniah

20280613_1400616236687854_8684304489189848499_o

Tahniah diucapkan buat seorang graduan dari Universiti Hasan Thani, Mohammedia iaitu Saudari Nurul Afiqah binti Mohamad Kamal atas kejayaan beliau dalam meraih gelaran Pelajar Terbaik bagi Fakulti Pengajian Bahasa Arab, Takhasus Lisaniyat !

Sekalung tahniah juga diucapkan buat rakan sebaya beliau iaitu Muhammad Khairul Fawwaz bin Mat Taib kerana telah berjaya menamatkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam, Takhasus Fiqh dan Usul dari universiti yang sama.

Buat pengetahuan semua, Sambutan Istiadat Konvokesyen anjuran pihak universiti yang berlangsung pada 20 Julai lepas ini juga merupakan sebuah acara yang julung-julung kali diadakan. Oleh itu, tahniah sekali lagi buat yang terpilih untuk merasai suasananya.

Kami, warga PMMM turut berbangga dengan kejayaan ini. Kami juga berharap agar kejayaan ini dijadikan sebagai contoh buat para mahasiswa yang lain untuk terus meletakkan matlamat yang tinggi di dalam meraih kecemerlangan dalam perjuangan menuntut ilmu di bumi Maghribi ini.

Tarbiah – Cinta – Peduli

To Top
Loading...