Syukur Dan Tahniah!


Salam syukur dan tahniah kami ucapkan kepada Ustaz Muhammad Ayman Al-Akiti, calon Ijazah Kedoktoran di Universiti Qarawiyyin, Tetouan dan pasangan atas kelahiran cahaya mata mereka yang kedua. Oleh itu, kesempatan telah diambil melalui pemberian cenderamata yang telah disampaikan sendiri oleh Tuan Presiden, saudara Ahmad Haiqal Fitri bin Ahmad Fuad kepada pasangan tersebut semasa menghadiri Majlis Aqiqah dan Kesyukuran di Sale pada 23 April 2017 yang lalu sebagai tanda syukur daripada pihak PMMM. Mudah-mudahan kamu menjadi seorang pejuang Islam yang ikhlas wahai Muhammad Alawi Al-Akiti.
[بَارَكَ اللَّهُ لَكَ فِي المَوهُوبِ لَكَ، وَشَكَرْتَ الْوَاهِبَ، وَبَلَغَ أَشُدَّهُ، وَرُزِقْتَ بِرَّهُ.]
[Semoga Allah memberkati kamu dengan kelahiran anak ini dan kamu pula mensyukuri Pemberinya, semoga dia dipelihara hingga dewasa dan kamu mendapat layanan yang baik daripada anak ini.]
Tarbiah – Cinta – Peduli