Ucapan

Tahniah! Azizulhasni Awang.

 

Hari ini, seorang lagi permata Malaya telah berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia.

Pelumba trek negara, Azizulhasni Awang, memenangi gelaran dunia pertamanya apabila muncul juara dalam acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Hong Kong, sebentar tadi. Azizulhasni yang digelar “Pocket Rocketman” memecut pada pusingan terakhir meninggalkan peserta yang lain.

10 tahun mencuba, akhirnya berjaya! Tahniah diucapkan kepada Pocket Rocket kita semua!

Nasihat buat kita semua, hidup ini penuh dengan cubaan dalam mencapai kegemilangan. Azizulhasni membuktikan bahawa kekalahan yang lepas hanyalah sebuah titik permulaan dan merupakan ‘catalyst’ menuju kejayaan. Andai kita rebah, sama sama kita bangkit. Andai kita lelah, berehatlah seketika dan maju semula.

Kerana api yang membakar ‘kayuhan kamikaze’ akan terpadam kerana banyaknya keluhan dan alasan.

Mistakes are proof that you are trying.
Keep calm and never give up!

Tarbiah – Cinta – Peduli

Ahmad Safwan bin Yunos
Timbalan Presiden 1
Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi

To Top
Loading...