Penaku Patah

Tempayan

Tempayan

 

Dagu dongak memandang langit

Jasad nol bertebaran roh dan fikir

Pura-pura tidak peduli rancak di pelantar

Laki-laki si muda tua bagai serati

Bisik-bisik di anjung seolah tak terganggu

Para suri simpuh dan sila; sopan

Tangan bekerja mulut bekerja

Zaman tiada wayar, ada wayar dan tanpanya;

Dengan suara tiada suara;

Pena berjalan, tap tap papan kekunci

Azali mereka begitu alaminya

Mahu berkata bercerita

Peduli apa; betul-betul atau tipu-tipu

Berdalih pula; cuma gurau kasar – Eh!

 

Berkerut dahi, telinga tercacak; terdengar

Fitnah busuk makin melimpah di bibir

Tidak tertahan apatah mahu menahan

Bebas sekali ha ha ha seronok tertawakan

Lupa ingatan agaknya

Yang dicerita bukan aib sang lembu

Tahun 2020 hanya jari bilangnya

Mencelik dan mendidik menjadi intelek

Memupuk insan banyak buku dibaca

Aduhai sedih,

Resmi padi tak berbuah rupanya

Tak hairan lalang makimenjulang tumbuhnya

 

Aku tahu mereka tahu

Kalau angin fitnah menyerang yang difitnah

Tidak mematikan jasad;

Kerna itu kau lihat dia sihat tersenyum tak ikhlas

Tapi jiwanya; mati

Tidak dibantu; tiada peluang untuk hidup lagi

Lalu lagi seronok ha ha ha tertawakan

Dia gila!

Ya; kerana jasa kau juga

 

Keluhan terlepas jua,

Muak dimogok itu ini;

Berdiam diri, dan berlari lebih dipilih

Mahu nasihat dan menegur?

Biarkan, kubur manusia lain-lain

Selipar di tepi tempayan disarung

Langkah terhenti

Papan diambil buat tutup mulut tempayan

Sekurang-kurangnya

Mulut tempayan boleh ditutup

‘Mulut tempayan’ yang itu

Jarum yang mana boleh menjahitnya

     

        -Ai Sonyeo

To Top
Loading...