Ucapan

Ucapan Takziah Tragedi Tahfiz

21752407_1446059735476837_5618823507718776849_n

إنا لله وإنا إليه راجعون

Pada waktu subuh pagi tadi(waktu Malaysia), kita telah dikejutkan dengan berita mengenai musibah kebakaran yang telah menimpa Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat, Kuala Lumpur. Insiden ini telah meragut sebanyak 24 nyawa dan 2 daripadanya adalah warden yang telah ditugaskan untuk menjaga pelajar-pelajar di maahad tersebut.

Berikutan peristiwa tersebut, pihak Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi turut bersedih dan ingin mengucapkan takziah kepada keluarga #AnakSyurga yang terlibat. Didoakan keluarga-keluarga mangsa sabar dan redha diatas ujian ini.

Al-fatihah. Semoga anak-anak ini tenang menunggu keluarganya di Syurga.

#TahfizTerbakar

Tarbiah – Cinta – Peduli

To Top
Loading...