Program Exco

WALK FOR HUMANITY

Pada hari Ahad yang lalu, bertarikh 26 November 2017, telah dijalankan satu program bertarikh di bawah kendalian Exco Kebajikan yang diberi nama “Walk For Humanity”.

Program ini pada asalnya dijalankan di Malaysia dengan tujuan untuk mengumpul dana bagi menaja pendidikan kanak-kanak pelarian yang berada di Malaysia dan di luar negara. Namun, sedikit kelainan yang dibawa ketika program ini berlansung adalah di mana ahli perlu membersihkan kawasan lapang di setiap wilayah masing-masing.

Dengan tema, “Let’s Expand The Culture of Cleanliness” melalui kerjasama daripada setiap penghulu dan ahli wilayah, alhamdulillah program ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik. Justeru, kami daripada pihak Exco Kebajikan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli dari wilayah Fes, Kenitra, Rabat/Sale, Marrakech serta semua yang telah terlibat, baik secara lansung mahupun tidak lansung, kerana sudi meluangkan masa dan menyumbang tenaga kalian bagi sama-sama menjayakan program ini. Manakala bagi wilayah Casablanca pula, ” Bon Courage!” dan selamat menyumbang kami ucapkan!

Akhir kalam, tahniah dan terima kasih sekali lagi buat semua! Semoga nanti Allah jualah yang akan membalas setiap kebaikan dan pertolongan kalian. Aameen InshaAllah. 🙂

Moga kesedaran untuk menjaga alam sekitar dan melakukan aktiviti sukarelawan ini akan terus disemai di dalam diri kita!
Jangan lupa jaga kesihatan ya di musim sejuk ini! 😉

Facebook : Exco Kebajikan

Tarbiah – Cinta – Peduli

To Top
Loading...